Sabtu, 13 November 2021

Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Sebelum Jenazah Dikebumikan

Kitab Jenazah Perkara-perkara Sunat Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Sebelum Jenazah Dikebumikan Bila seseorang itu telah meninggal dunia, maka sunat bagi orang yang hadir di majlis itu, melakukan perkara-perkara yang seperti berikut kepada jenazah tersebut: 1. Memejamkan kedua belah matanya sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith yang lalu dengan membaca: 2. Mengikat dagunya ke kepalanya dengan kain yang agak lebar sedikit dan bersih supaya mulutnya tidak ternganga dan tidak dimasuki oleh binatang-binatang kecil dan lain-lainnya. 3. Hendaklah diletakkan jenazah tadi di tempat yang tinggi sedikit seperti katil dan sebagainya di mana kakinya dilunjurkan ke arah kiblat dan kepalanya mestilah tinggi sedikit dari kakinya dengan diletakkan sesuatu alas di bawah kepalanya seperti bantal dan sebagainya. 4. Semua pakaiannya hendaklah ditanggalkan dan ditutup seluruh badannya dari kaki hingga habis kepalanya dengan kain yang tidak begitu tebal serta dilipatkan tepi kain sebelah atas ke bawah kepalanya dan tepi kain sebelah bawah dilipatkan ke bawah hujung kakinya. 5. Kedua-dua belah tangan jenazah itu hendaklah di atas dadanya tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya seperti keadaan letak tangan semasa sembahyang dan sebaik-baiknya tangannya itu diikat dengan kain supaya tidak terbuka dan tidak terkulai ke bawah. Sebelum itu hendaklah dilipatkan kedua-dua belah lengannya ke bahu dan kakinya ke paha dengan perlahanlahan beberapa kali supaya lembut sendi-sendinya dan mudah memandikannya. 6. Hendaklah diletakkan di atas perutnya sesuatu benda yang agak berat sedikit seperti besi dan sebagainya untuk menjaga perutnya supaya tidak membesar dan tidak buncit tetapi janganlah diletakkan di atasnya Quran atau hadith.